JOM BELAJAR JAHIT LANGSIR SENDIRI!
Boleh juga tgk blog ni..
http://kelasjahitanlangsir.blogspot.com/
hari ni saya nak kongsikan ilmu skt.
Pelan ini bagus jika dibuat diatas kertas keras (manila kad yang besar), di tandakan, jarak atas dan bawah sekali ialah 2 cm, dan ditengah2 diselangkan 5 cm dan 2 1/2 cm. Di tanda-tanda jarak itu, sebaiknya digunting seperti di gambar A1 berwarna merah, supaya tanda tersebut tidak lari/ hilang.
- Pelan ini diletakkan di atas kain yang dilipat menyerong. (Apabila kain dilipat menyerong, Ombaknya lebih cantik!), - Bahagian yang ditanda ialah bahagian tepi kain, lebihkan sebanyak 1 cm dibahagian tepi atas dan bawah (bahagian lipatan di kain serong tidak perlu lebih). - Tandakan dengan kapor dan Guntingkan kain, kemudian gunting sedikit kain di tanda-tanda merah tu..., camne nak cakap ye...?Tunjuk gambarkan senang! | ||||
Contoh Ukuran : (" = inci)Lebar Tingkap = 75 inci Tinggi Tingkap = 48 inci Bidang kain = 48 inci Lebar Scallop = 25" untuk tingkap | ||||
Untuk Mencari Jumlah Scallop contoh : 75" / 25" = 3 scallop | ||||
Untuk Mencari Jumlah meter kain1 scallop memerlukan 1.25 meter kain Jika 3 scallop = 1.25m x 3 = 3.74 meter | ||||
BAHAGIAN TAIL
| ||||
Tail ialah Bahagian Kiri dan Kanan Langsir | ||||
Cara PotongKain dilipat dua, (36" - ditepi kain) | ||||
Untuk Mencari Jumlah Meter Kaintail = 36" Kiri dan kanan = 2 x 36" = 72" bahagi 39 = 1.85 meter (betul ke ni..., dalam buku tulis cam ni...) | ||||
KESELURUHAN JUMLAH KAIN= Jumlah Scallop + Jumlah Tail = 3.75m + 1.85 m = 5.6 Meter (atau 5.5 meter) |
Fringles (rambu)Kira setiap hujung @ lebihkan 2 meter dari jumlah kain. 5.5m + 2 m = 7.5m |
CARA Nak Jahit Scallop- Buka kain yang telah dipotong - Jahit tepi bahagian bawah dan atas sahaja - Kemudian, jahitkan FRINGLES (RAMBU) dibahagian bawah! - Pastikan anda dah potong tepi2 mengikut tanda (atau tanda kapur) - Lipat dua bahagian atas dan jahitkan dalam 2 cm disini - Cantumkan pada belah belakang kain.... - Gunakan jarum peniti yang ada manik bulat ..., senang nanti - Cantumkan yang lima cm kepada 2 cm.., sematkan dengan peniti - buat semua, kiri dan kanan.... | ||
mesti dapat cam ni... lurus sahaja di bahagian atas | ||
kemudian, jahit jelujur halus2 (atau tindih je dengan mesin) kat atas tu..., lepas/sambil tu, bolehlah cabut jarum penitiBuat scallop yang lain pulak. |
CARA Nak Jahit TailLipat atau tindihkan..., sehingga dapat dalam 12 inci. |
CARA MENYAMBUNG SCALLOP DENGAN TAIL | ||
1) Ukur lebar setiap scallop dan tail 12" + 25" + 25" + 25" + 12" = 99"\2) Ukuran Lebar tingkap dicampur 3" 75" + 3" (lebihan jahitan) = 78" 3) Untuk mengetahui jumlah pertindihan = 99" - 78" = 21" bahagi 4 (bahagian tindihan - (kalau 2 scallop, 3 tindihan)) = 5.25 " | ||
BEN
DAH JADI DAH
|
Boleh juga tgk blog ni..
http://kelasjahitanlangsir.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan